Profil

Datin Noor Hasliah Abu Hasan atau lebih dikenali sebagai Alyah merupakan seorang penyanyi pop wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat pada tahun 2008 menerusi lagu hits Tak Mungkin Kerana Sayang ciptaan Ajai dan Habsah Hassan. Bakat Alyah dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia yang menobatkan beliau sebagai juara.

Ketika zaman remajanya di Johor, Alyah banyak menyertai pertandingan nyanyian baik dengan lagu-lagu pop mahupun lagu tradisional. Alyah mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi Naib Juara Pertandingan Asia Bagus yang berlangsung di Jakarta pada tahun 1998 ketika beliau masih berusia 17 tahun. Seterusnya Alyah mencipta nama sekali lagi menerusi pertandingan Bintang HMI pada tahun 2000 dengan mempertaruhkan lagu nyanyi Francesca Peter berjudul Andainya dan Khatijah Ibrahim (Ku Ingin Lari). 

Website
Website tidak tersedia





0 Komentar




Urutkan by abjad: 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Berlangganan

Berlangganan dengan kami, kami akan mengirimkan kord setiap minggunya langsung ke email kamu