Tidak menemukan lagu Amy Mastura yang kamu cari? Submit chord kamu disini
Profil

Amy Mastura binti Suhaimi (lahir 10 Mei 1971)[Nota 1] atau lebih dikenali sebagai Amy Mastura merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak, komposer dan pengacara Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana beliau kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.

Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang pesara tentera, beliau cukup dikenali menerusi lakonan watak-watak komedi dalam filem arahan Aziz M. Osman. Selain itu, dalam bidang muzik, Amy dikenali menerusi lagu-lagu pop yang segar dan rancak hingga mencetuskan fenomena tersendiri di rantau Asia pada pertengahan 1990an. Antara anugerah yang dimenanginya ialah Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Sepanjang kerjayanya sebagai penghibur, Amy Mastura telah menerbitkan sebanyak tujuh album studio, tiga album kompilasi dan merakamkan sebanyak 93 lagu dan single, jualan album beliau mencecah 5 juta unit.

Website
Website tidak tersedia





0 Komentar




Urutkan by abjad: 0-9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Berlangganan

Berlangganan dengan kami, kami akan mengirimkan kord setiap minggunya langsung ke email kamu